Monday, June 10, 2013

Program Ziarah dan Dakwah di Perkampungan Orang Asli Kg Tiat, Cameron Highland, Pahang


BAKIT KL dengan kerjasama TAKAFUL MALAYSIA dan ASDAF telah mengadakan program ziarah dan dakwah bersama masyarakat orang asli di perkampongan Sg Tiat, Cameron Higland, Pahang pada 6 – 7 April 2013.

Aktiviti tersebut disertai seramai 18 orang termasuk ahli dari BAKIT KL, BAKIT Pusat, peserta TAKAFUL MALAYSIA dan wakil ASDAF

Peserta bertolak dari ASDAF pada pukul 11 malam dan bermalam di Masjid Sg Koyan sebelum memulakan perjalanan  selepas solat subuh.


Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya tazkirah ringkas yang disampaikan olih Ustaz Shaari dari TAKAFUL MALAYSIA dan juga Ustaz Zulkifli dari ASDAF.


Antara program yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar perkampongan, sukaneka dan juga ziarah rumah ke rumah. Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan ubat-ubatan dan juga barangan keperluan harian. 




No comments:

Post a Comment