Wednesday, July 31, 2013

FORUM BICARA RAMADHAN PENGAKHIRAN PADA MAJLIS ILMU SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1434H


Forum Bicara Ramadhan mengakhiri Majlis Ilmu yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan 2013. Forum Bicara Ramadhan anjuran bersama BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik minat ramai hadirin.

Panelis yang tak asing lagi Ustaz Roslan Bin Mohamed dan  Ustazah Dr Sharifah Hayati bersama Haji Yasim Bin Mohamed yang bertindak sebagai moderator forum.

Thursday, July 25, 2013

CERAMAH RAMADHAN TERUS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI WARGA TM

YDP BAKIT PUSAT Datuk Bazlan Osman turut hadir

Warga TM khususnya dari persekitaran Menara TM, TM Annexe1 & 2 terus membanjiri Ceramah Perdana Siri 3 yang diadakan pada 25 Julai 2013 di TMCC.

Ketua Pegawai Kewangan TM, Datuk Bazlan Osman selaku YDP BAKIT PUSAT turut melapangkan masa bagi mendengar Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Shauqi Othman. 

Presiden TIARANITA, YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid  berserta TYDP BAKIT Pusat, Dato Gazali Haron turut hadir mendengar perkongsian ilmu yang berkaitan dengan Nuzul Quran.

Monday, July 22, 2013


Siri 2 Ceramah Ramadhan Berjalan Lancar


Ceramah Ramadhan Siri 2 anjuran BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik ramai hadirin.

AJK BAKIT KL, Encik Shariff Bin Mohd Din bertindak sebagai Pengerusi Majlis. Berbekalkan tajuk, Fasa 2 Ramadhan Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan tip-tip penting dalam melaksanakan amalan-amalan soleh di bulan yang penuh dengan keberkatan. Beliau turut menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh hadirin.


PENYERAHAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN & ANAK YATIM KG CHANGKAT BERJALAN LANCAR


Majlis penyerahan zakat TM kepada Asnaf fakir miskin dan anak yatim Kg Changkat telah diadakan pada 20 Julai 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Changkat, Gombak. 

Seramai 57 orang fakir miskin dan 37 anak yatim telah menerima zakat daripada TM.

AJK BAKIT KL, En Shariff bin Mohd Din telah meyerahkan zakat kepada semua penerima yang layak. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua penerima zakat agar dapat menggunakan duit yang diterima dengan penuh berhemah dan di akhir ucapannya beliau meminta agar semua penerima zakat tersebut dapat mendoakan TM akan terus sentiasa maju.

Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Ramadhan mendapat sambutan hangat


Ceramah ulung Ramadhan anjuran BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 16 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC dihadiri oleh hampir 650 orang pekerja TM. 

Penampilan sulung Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre di TM berjaya menambat hati para hadirin dengan rangsangan ilmu dan kupasan yang menarik. 

Ianya turut dihadiri oleh YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid selaku  Presiden TIARANITA dan juga Puan Rose Aida Mohd Salleh, Ketua Lujnah BAKIT HELWA. 

Wednesday, July 10, 2013

Perutusan Yang Dipertua BAKIT Pusat sempena ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 1434H/ 2013


Bubur Lambuk ~ 1000 bungkus habis diagih


Tradisi Surau Al Hidayah TM Annexe 1 mengagihkan bubur lambuk Kampung Baru secara percuma terus dikekalkan. Bermula jam 1.10 tengahari pada 10 Julai 2013, sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk untuk Warga TM Annexe1 dan juga TM Annexe2 mula diagihkan sebagai menu untuk berbuka puasa pada hari pertama bulan Ramadhan 1434 Hijrah.


Tuesday, July 9, 2013

Ceramah "Lambaian Ramadhan" di TM Bukit Mahkamah mendapat sambutan hangat


Program Ceramah Lambaian Ramadhan di TM Bukit Mahkamah pada 4 Julai 2013 telah mendapat sambutan di mana seramai lebih 150 orang warga TM KL telah hadir dalam sesi tersebut.

Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Dr. Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya. Program tersebut telah di taja oleh BAKIT KL, Surau An –Nur TM Bukit Mahkamah dan HCBD KL.


Monday, July 8, 2013

Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil arwah berjalan lancar




Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah yang diadakan pada 03 Julai 2013 bertempat di Surau Al Hidayah TM Annexe 1 berjalan lancar dan disertai hampir 100 peserta. 

Permohonan untuk mengadakan majlis bacaan Yaasin & tahlil arwah datang dari pelbagai bahagian bukan sahaja di TM Annexe 1 & 2, juga dari Menara TM dan juga dari TM Shah Alam.

Surau Al Hidayah TM Annexe 1 adalah antara 9 buah Surau yang berada di bawah kariah BAKIT KL.

Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah dipimpin olih Ustaz Zainal Mokhtar bin Mat Lazim dan majlis disudahi dengan solat Zohor berjemaah dan hidangan jamuan disediakan untuk semua yang hadir.

Tuesday, July 2, 2013

Konvensyen Muslimah TM 2013 "Dunia ditanganku, akhirat dihatiku" meriah !!



Konvensyen Muslimah TM 2013 telah diadakan pada 24 – 26 JUN 2013 yang lalu di De Baron Hotel and Resort, Kuah, Pulau Langkawi, Kedah disertai oleh 170 orang ahli BAKIT TM dan BAKIT MMU dan juga wakil pesara TM.  

Konvensyen yang bertemakan ”Dunia ditanganku, Akhirat dihatiku” ini telah dirasmikan oleh YBhg Puan Seri Datin Sri Sharifah Aamenah Aljunid, isteri kepada Penaung BAKIT TM, manakala Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Puan Noor Lela bt Baba, State General Manager, Kedah & Perlis.