Monday, July 22, 2013

Siri 2 Ceramah Ramadhan Berjalan Lancar


Ceramah Ramadhan Siri 2 anjuran BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik ramai hadirin.

AJK BAKIT KL, Encik Shariff Bin Mohd Din bertindak sebagai Pengerusi Majlis. Berbekalkan tajuk, Fasa 2 Ramadhan Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan tip-tip penting dalam melaksanakan amalan-amalan soleh di bulan yang penuh dengan keberkatan. Beliau turut menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh hadirin.


YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid, Presiden TIARANITA dan beberapa orang AJK TIARANITA, BAKIT KL dan BAKIT HELWA turut hadir.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid .







No comments:

Post a Comment