Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Ramadhan mendapat sambutan hangat


Ceramah ulung Ramadhan anjuran BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 16 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC dihadiri oleh hampir 650 orang pekerja TM. 

Penampilan sulung Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre di TM berjaya menambat hati para hadirin dengan rangsangan ilmu dan kupasan yang menarik. 

Ianya turut dihadiri oleh YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid selaku  Presiden TIARANITA dan juga Puan Rose Aida Mohd Salleh, Ketua Lujnah BAKIT HELWA. 

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid kepada Ustaz Syed Abd Kadir.








No comments:

Post a Comment