Wednesday, July 31, 2013

FORUM BICARA RAMADHAN PENGAKHIRAN PADA MAJLIS ILMU SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1434H


Forum Bicara Ramadhan mengakhiri Majlis Ilmu yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan 2013. Forum Bicara Ramadhan anjuran bersama BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik minat ramai hadirin.

Panelis yang tak asing lagi Ustaz Roslan Bin Mohamed dan  Ustazah Dr Sharifah Hayati bersama Haji Yasim Bin Mohamed yang bertindak sebagai moderator forum.



Ustaz Zulkifli Bin Hasim, sebagai Pengacara Majlis Beliau memperkenalkan dan membaca secara ringkas biodata para panelis dan moderatordisamping memberitahu hadirin mengenai agar sentiasa melayari Blog BAKIT KL bagi mengetahui aktiviti dan info terkini BAKIT KL

Para Panelis membincangkan dengan terperinci tajuk forum ‘PARAM, LailatulKamdar atau LailatulQadar, di manakah AKU? 



Para hadirin yang memenuhi dewan dimana sebahagian besarnya dihadiri olih Muslimah berbanding Muslimin tekun mendengar kupasan ilmu dari para panelis terutamanya berkaitan dengan amalan ibadat menjelang fasa ke 3 Ramadhan, iaitu 10 malam terakhir Ramadhan.





Turut hadir semasa forum YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid selaku  Presiden TIARANITA, Puan Rose Aida Mohd Salleh, Ketua Lujnah BAKIT HELWA dan juga En Hassan bin Unir, YDP BAKIT KL. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati olih YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid kepada para panelis dan moderator.



YDP BAKIT KL,  En Shariff Mohd Din berserta AJK BAKIT Pusat, Haji Ahmad Che Mat bergambar kenangan bersama Ustaz Roslan Mohamed dan Hj Yasim Mohamed

AJK BAKIT HELWA bergambar kenangan bersama Ustazah Dr Sharifah Hayati 
Warga Muslimah TM turut bergambar kenangan bersama Ustazah Dr Sharifah Hayati

AJK BAKIT HELWA sedang mengira wang sumbangan yang didermakan olih warga TM. Sumbangan yang diterima akan didermakan pada mana-mana Rumah anak Yatim dan badan-badan kebajikan yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment