Thursday, June 27, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Perlancaran Tabung Bantuan Kebakaran Kg Datu & Kg Hilir di Sarawak


BADAN KEBAJIKAN ISLAM TM (BAKIT) melancarkan TABUNG BANTUAN KEBAKARAN KG. DATU & KG. HILIR, SIBU, SARAWAK untuk membantu 713 mangsa daripada 131 keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku pada 19 Jun 2013 yang lalu. Tragedi kebakaran ini adalah yang terburuk pernah berlaku di Negeri Sarawak pada tahun ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas warga TM dari seluruh negara untuk menyumbang ke Tabung Bantuan Kebakaran ini. 

Imbasan: Majlis Sambutan Tahun Baru China anjuran Hidayah Centre (IKRAM) dengan kerjasama JAKIM, MACMA dan BAKIT KL meriah !!


Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Hidayah Centre (IKRAM) dengan kerjasama JAKIM, MACMA dan BAKIT KL berlangsung pada 4 Mac 2013 di adakan TM Convention Centre (TMCC).

Objektif utamanya majlis ini adalah bagi meraikan saudara baru dari kalangan orang Tionghua serta non Muslim berbangsa Tionghua. 

Tuesday, June 25, 2013

Kunjungan Rombongan Telekom Malaysia (BAKIT - KL) ke Telkom Witel Aceh

Lawatan ke Telekom dan Maahad Tahfizul Ulumul Quran Samahani Acheh


Ahli rombongan yang terdiri dari kakitangan berserta keluarga TM Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan ke Telekom Aceh & menziarahi Mahaad Tahfiz Ulumul Quran Samhani, Aceh pada 31 Mei  – 3 Jun 2013. Program anjuran oleh BAKIT KL berserta agensi Peduli Kasih yang diketuai olih PSU BAKIT KL, Hj Nordin Zalani telah disertai seramai 40 peserta. 

Tuesday, June 18, 2013

Kembara Ziarah dan Dakwah di Perkampungan Orang Asli Kg Tiat, Cameron Highland, Pahang


Susulan dari aktiviti ziarah pada 6-7 April 2013 yang lepas, ahli BAKIT KL, BAKIT Pusat dan ASDAF meneruskan kembara ziarah dan dakwah di Perkampungan Orang Asli Kg Tiat, Pahang pada 15-16 Jun 2013

Ziarah susulan ini penting bagi memastikan silaturrahim dan kerjasama yang telah dipupuk dapat diteruskan demi memastikan orang asli berasa dihargai dan kesinambungan dakwah dapat dipergiatkan lagi.

Sunday, June 16, 2013

Penyerahan Sumbangan untuk Pesakit Kronik - Pn Jamiliah bt Malik

Pn Jamaliah (terlantar) bersama suami En Zakaria bin Awang menerima sumbangan daripada En Mahadi Abu Bakar

Pn.  Jamaliah bt Malik 54 tahun  (bekas pekerja TM) yang kini mengidap kanser usus sejak 2007 tahap 4 dimana keadaanya  semakin kronik setelah segala usaha  rawatan hospital dijalankan termasuk sesi radioterapi dan kimoterapi.


Penderitaan beliau yang telah diwar-warkan dalam Blog BAKIT KL telah mendapat simpati dari Warga BAKIT KL dan Warga TM.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan olih En Mahadi Bin Abu Bakar bersama isteri kepada suami beliau iaitu Encik Zakaria Bin Awang pada 15 Jun 2013 di rumah beliau di Bukit Beruntung.  Selain sumbangan tunai , terdapat juga sumbangan melalui ‘on-line banking’ dari warga BAKIT KL & TM.

Thursday, June 13, 2013

Jom membeli-belah di Kedai BAKIT I-SHOPPE


Kedai BAKIT I Shoppe  di Menara TM memang tak asing bagi Warga Menara TM dan juga Ahli BAKIT. Ianya telah ada sejak tahun 2006 lagi. Berkonsepkan kedai runcit yang menjual pelbagai barangan runcit seperti makanan ringan, minuman pelbagai rasa dan juga peralatan pejabat serta juga majalah dan suratkhabar.

Wednesday, June 12, 2013

Rayuan: Mohon Sumbangan untuk membantu Pesakit Kronik Pn Jamaliah bt Malik

Jamaliah bt Malik

Pn.  Jamaliah bt Malik 54 tahun  yang kini mengidap kanser usus sejak 2007 tahap 4 dimana keadaanya  semakin kronik setelah segala usaha  rawatan hospital dijalankan termasuk sesi radioterapi dan kimoterapi.

Beliau pernah berkhidmat di TM selama lebih 15 tahun kini terlantar dirumah dengan keadaannya memakai  beg khas (Stoma Bag) untuk pembuangan najis setelah perutnya ditebuk melalui pembedahan usus. 

Tuesday, June 11, 2013


PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN KE MADRASAH PONDOK YATIM TAHFIDHUL QUR’AN AR RAUDHAH, LHOKSEUMAWE, ACHEH UTARA


AJK BAKIT Pusat, BAKIT Kedah, BAKIT Melaka dan Kelab TM Teknologi Maklumat (KTTM) telah mengadakan ziarah pada 31 Mei-3 Jun 2013 dan diketuai oleh En. Mohd Azhar Abu Hassan (Ketua, HC BP  IT & NT).


Mudir Madrasah Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah, Ustaz Hamdani telah menyambut ketibaan kami dan membawa kami menjejaki tempat bersejarah seperti Muzium Tsunami, Kapal Apung ( tempat dimana kapal setinggi 4 tingkat dihanyut 5 km ke daratan melenyapkan beberapa buah rumah).

Monday, June 10, 2013

Program Kem Pemantapan Syahsiah di Lembah Azween Resort Meriah !!!


Sempena dengan cuti sekolah, BAKIT KL, Kelab TM KL berserta Masjid WP dan Kelab Ikram Teen WP telah menganjurkan program Kem Pemantapan Syakhsiah pada 28 Mei – 30 Mei 2013 di Lembah Azween Resort, Hulu Langat.

Bilangan peserta yang mengikuti kem tersebut seramai 142 peserta di mana terdiri dari anak-anak anggota TM seramai 62 dan selebihnya peserta-peserta luar TM.

Konvensyen Muslimah 2013


Program Ziarah dan Dakwah di Perkampungan Orang Asli Kg Tiat, Cameron Highland, Pahang


BAKIT KL dengan kerjasama TAKAFUL MALAYSIA dan ASDAF telah mengadakan program ziarah dan dakwah bersama masyarakat orang asli di perkampongan Sg Tiat, Cameron Higland, Pahang pada 6 – 7 April 2013.

Aktiviti tersebut disertai seramai 18 orang termasuk ahli dari BAKIT KL, BAKIT Pusat, peserta TAKAFUL MALAYSIA dan wakil ASDAF

Peserta bertolak dari ASDAF pada pukul 11 malam dan bermalam di Masjid Sg Koyan sebelum memulakan perjalanan  selepas solat subuh.

Kita Lebih Memilih Cawan, Bukan Airnya!

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Senarai Surau

  1. Surau Al-Hidayah TM Annexe 1

Senarai AJK:
Pengerusi                   : Suratman bin Ahmad (013-3692672)
Timbalan Pengerusi   : Hj Zulkipli bin Abdullah (019-3523493)
Setiausaha                  : Hj Azmi Bin A. Ghani (013-3977794)
Pen Setiausaha           : Awaluddin Abu Bakar (013-3978774)
Bendahari                   : Mohd Rosmi Abu Bakar (013-3939075)
Imam 1                       : Hj Zulkipli bin Abdullah (019-3523493)
Imam 2                        : Mohamad Tajul Rijal Marzuki (019-2221051)
Imam 3                         : Hj Izazi Mohamad (013-3369305)
Ketua Muslimah           : Pn. Rohana Ghazali (03-22404763)
AJK                     : Hj Baharom Mohamed Salleh (013-3321013)
                             : Mohammad Firdaus Bin Mohd Salleh (03-22404425)
                             : Hjh Jamaneh Puteh (03-22403595)
                             : Salmah Mustafa (03-22408625)
                             : Faridah Abd Hamid (013-3629075)
                             : Ruziah Musa (013-3941837)
                             : Nadrah binti Mat Noh (013-3650630)
                             : Maznah Jantan (013-3434556)
                             : Roszita Samion ( 013-3322545)

__________________________________________________________

2. Surau Al Amin TM Annexe 2

Senarai AJK:


Penasihat         : Mej(B) Azmi bin Mohd  (013-3952700)
Pengerusi        : Rozainis Mohd Khir (013-3977228)
Setiausaha       : Perwira bin Osman  (012-9108314)
Bendahari        : Hj Mohd Fauzi Abd Rashid (013-3971438)
Imam               : Hj Baharudin Bin Samsudin (03-322409033)
Imam               : Hj Nordin bin Zalani (013-3426631)
Imam               : Ismail Mohd (013-3473350)
AJK                : Hamdan bin Rashid (013-3364937)
                       : Jaafar Yassin (03-22409240)
                       : Khatijah Ibrahim ( 03-22403984)
                        : Zainab Md Dewa (013-3943243)
                        : Salwah Said (03-22405457)
                        : Amiza Jaini (03-22402446)

__________________________________________________________
                                          
3. Surau An-Nur TM Bukit Mahkamah


EN. MIOR HAMDAN MIOR ISHAK
PENASIHAT
013-3942044
EN.AHMAD ZAMIL B ZAINAL BADRI
PENGERUSI
013-3445790
TN HJ ABU BAKAR JARAI
TIM.PENGERUSI
013-3311280
EN .SHAHARUDIN BIN  AZAIN
SETIAUSAHA
013-5208847
EN .MOHD ROMIE BIN ALIAS
BENDAHARI
013-3654300
PN. HJH. HAMIDAH SAID
AJK
013-3650511
PN. RODIAH HUSAIN
AJK
013-3441854
EN. MEOR REDHUAN NORDIN
AJK
019-2517191
PN HJH. SENANI ABD RAHMAN
AJK
013-3442110
EN.JAMSARI BIN JA'AFAR
AJK
013-3433934
PN. JALILAH ABD MAJID
AJK
013-3658586
PN. HJH. HAYATI MOHAMED DARUM
AJK
013-3471704
TUAN HJ GHAZALI ABDULLAH
AJK
013-3624637
PN. WAN NOREHAN WAN ABDULLAH
AJK
013-3412297
PN. HJH. AZIZAH YUNUS
AJK
013-3542371
EN ABDUL HADI YAZID
AJK
013-3301008
EN. MD SUKRI HARUN
AJK
013-3605335
PN. HJH. ROSZIAH ABD RAHMAN
AJK
013-6332383
EN. ZAM ZAMIN AMIN B IDRUS
AJK
013-3940586
EN MOHD AINUDDIN SALAMAT
AJK
013-7069744
     _____________________________________________________________________
                                                  
4. Surau At Taqwa TM Bukit Petaling    
                                             
5. Surau As Siddiq Wisma TM Taman Desa                
                            
6. Surau Al Hidayah Ibusawat TM BATU                                   
          
7. Surau TM TMTC                                                                         
    
8. Surau TM TTDI                                                                                

9. Surau TM Ibusawat Brickfield
____________________________________________________________

10. Surau Menara TM

________________________________________________________________

11. Surau An Nur - Kuarters TM PJ (Seksyen 14)


MEJ AZMI BIN MOHD
PENASIHAT
013-3942044
USTAZ ZULKIFLI BIN HASIM
PENGERUSI
013-5211016
EN AHMAD ZAKUAN BIN MOHAMAD
SETIAUSAHA
012-5604748
EN .AZMAN BIN HARON
BENDAHARI
013-3541505
EN .MOHD YUSOF BIN HASSAN
 AJK
013-3642644
EN. HJ HALIFAH BIN AHMAD
AJK
013-3368996

________________________________________________________________

12. Surau Aras 18 Menara TM  (Muslimah)


HJH ZAHARAH BTE OSMAN
PENGERUSI
013-3420515
HJH SHARIFAH BTE SALLEH
TIM. PENGERUSI
013-3422015
PN ZAINON BTE JANTAN
AJK
013-3906732
PN AIDA BTE NUR
AJK
013-3424033
PN. NORIAH BTE ALI
AJK
013-3900652
PN. MAS ALINA BTE ABU
AJK
013-3988942
PN. HAPSAH BTE ISHAK
AJK
013-3321996
PN. AL FAE’ZAH BTE ABDOL KARIM
AJK
013-3537982

Sunday, June 9, 2013

Laporan Separuh Penggal Aktiviti Bakit KL 2012




Menyingkap kembali Majlis Ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus di TMC pada 23 April 2012



Populariti Ustaz Azhar Idrus yang lebih dikenali sebagai Ustaz ‘Youtube’, Ustaz ‘Tweeter’, Ustaz ‘IT’ telah berjaya menarik hampir 3500 warga TM di sekitar Lembah Kelang.


Pelbagai soalan berjaya dijawab dengan spontan dan penuh hikmah berjaya memuaskan hati warga TM. 

Ketua Pegawai Eksekutif,  Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Datuk Bazlan Osman selaku YDP BAKIT Pusat turut melapangkan masa menghadiri Majlis Ilmu anjuran BAKIT dan TIARANITA.

Kaunter pendaftaran untuk ahli baru BAKIT & TIARANITA berjaya menarik 47 orang ahli baru BAKIT.

Membangun Kekuatan Gerakan Dakwah



Dalam gerakan dakwah, manusia yang mendukung gerakan dakwah itulah yang dikatakan sebagai aset dakwah yang memberikan kekuatan kepada gerakan dakwah.

Gerakan dakwah sebenarnya tidak memiliki kebergantungan kepada kekuatan dari segi kekayaan harta benda, pejabat, bidang-bidang perniagaan dan sebagainya, tetapi kekuatannya adalah bergantung sepenuhnya kepada manusia yang menjadi anggotanya.

Jadi ia berbeza sama sekali dengan syarikat perniagaan atau organisasi-organisasi dalam pandangan sekular.

Qasidah Ya hanana - Habib Syech


Buku Laporan

Pengumuman






Hubungi Kami


Setiausaha BAKIT KL

Hj Azmi b. Abdul Ghani
h/p:  013-397 7794
E-mail:  Azmigh@tm.com.my
____________________________________________________________



 Penolong Setiausaha

Nordin b. Zalani
h/p: 013-342 6631

Buku Pelawat

Under construction

Undang-Undang Bakit

Undang-Undang B.A.K.I.T

UNDANG - UNDANG BADAN KEBAJIKAN ISLAM TM KUALA LUMPUR
( BAKIT KL )


1. Nama, Alamat dan Tempat Urusan

1.1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Islam TM ( BAKIT KL )

1.2. Tempat urusan ialah :

BAKIT KL
D/A CTW TKT 16 TM ANNEXE 1
JALAN PANTAI BARU
59200 KUALA LUMPUR

1.3. atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa kesemasa 

oleh Jawatankuasa Pertubuhan.

1.4. Tempat urusan pertubuhan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran daripada 

Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2. Tujuan

2.1. Menjaga kepentingan anggota Islam di TM Kawasan Tengah (Kuala Lumpur)

2.2. Meningkatkan pengetahuan dan kebajikan ummah di kalangan anggota-anggota dalam 

TM.

2.3. Mengeratkan hubungan silatur-rahim antara anggota-anggota dalam TM.

2.4. Menjalankan sebarang kegiatan kebajikan di kalangan ahli-ahli yang tidak bertentang 

dengan hukum syarak.

2.5. Memelihara hubungan berbaik-baik dengan semua anggota TM.

2.6. Memperbaiki imej korporat TM.

3. Keahlian

3.1. Keahlian adalah terbuka kepada semua anggota TM di Kawasan Tengah 

( Kuala Lumpur ) yang beragama Islam.

3.2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah 

dikemukakan kepada Setiausaha untuk dipertimbangkan oleh Ahli Jawatankuasa.

4. Yuran dan Bayaran Lain

4.1. Yuran Tahunan ialah RM 12.00.

4.2. Yuran-yuran tahunan akan dipotong secara potongan gaji pada tiap-tiap bulan seperti 

yang dipersetujui oleh ahli.

4.3. Jawatankuasa Pertubuhan mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi 

sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan yuran.

4.4. Derma khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh 

dijalankan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa terlebih dahulu.

5. Penamatan Keanggotaan

5.1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi 

kenyataan yang bertulis kepada Setiausaha.


6. Pemecatan

6.1. Ahli akan dipecat dari Pertubuhan jika ;

7. Tidak patuh dan melanggar undang-undang pertubuhan.

8. Merosakkan nama baik Pertubuhan ini atau TM kerana kesalahan di segi hukum-hukum 

syarak.

8.1. Ahli-ahli yang hendak dipecat akan diberi notis bertulis untuk memberikan sebab-sebab 

kenapa ia tidak patut dipecat. Jawapan bertulis untuk membela diri hendaklah dikemukakan 

kepada Jawatankuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengeluaran notis. Jika Ahli 

Jawatankuasa tidak berpuas hati di atas sebab itu maka Jawatankuasa berhak memanggil 

ahli yang berkenaan mengemukakan hujah-hujahnya secara lisan untuk petimbangan semula 

Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimana pun ahli-ahli yang dipecat itu boleh merayu kepada 

Mesyuarat Agong yang mana keputusannya adalah muktamad.

9. Mesyuarat Agung Tahunan

9.1. Mesyuarat Agung boleh dihadiri oleh semua ahli-ahli.

9.2. Korum untuk mesyuarat agung dianggap cukup jika ahli-ahli yang hadir adalah berjumlah 

tidak kurang daripada satu perdua dari jumlah ahli-ahli pertubuhan atau dua kali ganda jumlah 

Ahli Jawatankuasa.

9.3. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk 

bermesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh 

( tidak lebih daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak 

cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang 

ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat bagi hari itu 

tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-

keputusan mengenai semua ahli.

9.4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat 

mungkin setelah akhir tahun kewangan pada tarikh masa dan tempat yang ditetapkan oleh 

Jawatankuasa ( SEBELUM BULAN JUN ). Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :-

10. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Pertubuhan di dalam tahun yang 

lalu.

11. Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit bagi tahun yang 

lalu.

12. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang.

13. Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

13.1. Pengumuman awal kerana Mesyuarat Agung Tahunan yang menerangkan tarikh, waktu 

dan tempat dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan yang hendak dibincangkan, 

cadangan-cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan-pencalonan untuk 

pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha kepada ahli-ahli tidak 

lewat daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat dan pengumuman 

ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan Pertubuhan yang telah 

didaftarkan.

13.2. Mesyuarat Agung Luarbiasa

14. 8.1 Mesyuarat Agung Luarbiasa bagi pertubuhan ini boleh diadakan :-

15. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau

16. Atas permintaan dengan bertulis oleh tidak kurang daripada ½ jumlah ahli-ahli dengan

menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

16.1. Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu 

tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

16.2. Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat Agung Luarbiasa itu hendaklah diedarkan 

kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah 

ditetapkan bermesyuarat.

16.3. Fasal ( 7.2 ) dan ( 7.3 ) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan 

penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agong Luarbiasa 

tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah 

ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar biasa itu atas permintaan ahli-ahli pertubuhan 

mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini 

Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipohonkan dengan tujuan yang sama tidak boleh 

diadakan.

16.4. Setiausaha hendaklah menyediakan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan atau 

Mesyuarat Agung Luarbiasa dengan seberapa segera setelah selesai mesyuarat itu.


17. Jawatankuasa

17.1. Pegawai-pegawai Pertubuhan terdiri seperti berikut :-

18. Pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan 

Perwakilan :

18.1.1. Seorang Yang DiPertua

18.1.2. Seorang Timbalan Yang DiPertua

18.1.3. 2 Orang Naib Yang DiPertua

18.1.4. 5 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa

19. Jawatankuasa dalam Mesyuarat Pertamanya hendaklah melantik Pegawai Pertubuhan 

seperti berikut:-

19.1.1. Seorang Setiausaha
19.1.2. Seorang Penolong Setiausaha
19.1.3. Seorang Bendahari
19.1.4. Seorang Penolong Bendahari.

20. Pemegang-Pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan 

tugas-tugas pentadbiran dalam pertubuhan ini hendaklah Warganegara Malaysia yang 

beragama Islam.

20.1. Nama-nama untuk jawatan-jawatan 9.1 ( a ) di atas hendaklah dicadang dan disokong 

dan pemilihan hendaklah dijalankan dengan cara mengundi oleh Ahli-Ahli di dalam Mesyuarat 

Agung Tahunan.

20.2. Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan 

dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan dengan tidak 

terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa 

seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat 

Agung. Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. 

Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatan di dalam tahun 

lalu kepada tia-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

20.3. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan dan 

7 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 

Jawatankuasa. Yang DiPertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli 

Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa 

pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa 

hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

20.4. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan 

mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha mendapatkan kelulusan dengan 

surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan 

Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

21. Masaalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat 

pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

22. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatnkuasa mestilah 

menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

23. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi 

melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat 

Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

23.1. Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri meyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-

turut tanpa alasan yang munasabah dan memuaskan akan dianggap sebagai telah 

meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa dan terlucutlah keahliannya dalam 

Jawatankuasa.

23.2. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang 

kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu bolehlah dipanggil untuk 

memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan 

itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik lain-lain ahli Pertubuhan memenuhkan 

kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

23.3. Jawatankuasa Tempatan boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan lain-lain 

Pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh melantik Pengurus-Pengurus 

dan anggota-anggota yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan 

jawatan sebarang Pengurus atau anggota kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak 

cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang 

difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

23.4. Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya ke atas perlembagaan ini dan bila 

mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam perlembagaan ini.

23.5. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah 

dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah 

muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung.


24. 10. Kewajipan-Kewajipan Pegawai

24.1. Yang DiPertua dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua 

Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Tempatan dan bertanggungjawab 

atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan 

hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah 

menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari.

24.2. Timbalan Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan yang DiPertua semasa 

ketidaannya.

24.3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Pertubuhan mengikut undang-undang 

dan hendaklah ia menjalankan keputusan-keputusan Mesyuarat Mesyuarat dan 

Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan 

semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir 

di dalam semua mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.

24.4. Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan 

memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

24.5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan 

Pertubuhan. Ia membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek 

Pertubuhan bersama-sama dengan Yang DiPertua atau Timbalan Yang DiPertua.

24.6. Ahli Jawatankuasa Biasa yang lain hendaklah mematuhi tugas dan arahan yang 

diberikan oleh Jawatankuasa jika ada.

25. 11. Kewangan

25.1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi perlembagaan ini, iaitu 

wang Pertubuhan ini bolehlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi 

menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dan termasuklah belanja pentadbiran. Walau 

bagaimana pun wang Pertubuhan tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang 

telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

25.2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada 

RM 1000.00 pada sesuatu masa kecuali pada ketika kemudahan bank tidak diperolehi. Wang 

yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank, yang dipersetujui oleh 

Jawatankuasa dengan segera. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

25.3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah

ditandatangani bersama oleh Yang DiPertua ( atas ketiadaannya oleh Timbalan Yang 

DiPertua ) dan Bendahari. Sekiranya ketiadaan Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah 

Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menurunkan 

tandatangan.

25.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar 

tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 

1000.00 tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Jawatankuasa terlebih 

dahulu. Perbelanjaan kurang dari RM 1000.00 boleh dilakukan oleh Yang DiPertua bersama 

Bendahari atau Setiausaha.

25.5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta penyata kira-kira bagi 

setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Juruodit mengikut peraturan ( 12 ) 

perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-

kira yang telah di odit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan 

yang berikutnya, dan salinan-salinannya hendaklah diperolehi untuk makluman ahli-ahli dari 

alamat Pertubuhan yang berdaftar.


26. 12. Pemeriksa Kira-Kira

26.1. Dua orang Pemeriksa Kira-Kira yang bukannya Pegawai-Pegawai Pertubuhan boleh 

dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka 

akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula tetapi tidak boleh 

memegang jawatan tersebut selama tiga tahun berturut-turut.

26.2. Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun, 

dan membuat laporan dan pengesahan untuk Mesyuarat Agong. Mereka harus juga 

dikehendaki bila-bila masa oleh Yang DiPertua memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi bila-bila 

masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

27. 13. Pemegang Amanah

27.1. Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih dari 21 tahun hendaklah dilantik di 

dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki 

oleh Pertubuhan.

Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dan mereka 

akan menguruskan harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa.

27.2. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta 

kepunyaan Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Jawatankuasa.

27.3. Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawtannya oleh Jawatankuasa 

atas sebab-sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri bagi 

tempoh yang melebihi 90 hari berturut-turut atau kerana sebab-sebab lain yang 

menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya. Jika berlaku kematian, perletakan 

jawatan atau pemecatan bagi seseorang Pemegang Amanah sebelum Mesyuarat Agung 

Tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa sehingga Pemegang 

Amanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

27.4. Pemegang Amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut undang-undang ini 

berhak merayu kepada Mesyuarat Agung berkuasa memberi keputusan yang muktamad.


28. 14. Pembubaran

28.1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang 

daripada dua pertiga jumlah semua ahli.

28.2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala 

hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan 

dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam 

Mesyuarat Agung.



29. 15. Pindaan Perlembagaan

29.1. Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat 

Agung.

Perubahan-perubahan atau pindaaan-pindaan kepada perlembagaan mesti dihantar kepada 

Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dan hanya boleh dijalankan berkuatkuasa mulai 

daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar 

Pertubuhan.



30. 16. Larangan

30.1. Pertubuhan ini tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa-apa cara jua 

mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam 

gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan 

Sekerja 1659.

30.2. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau 

tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli.

30.3. Pertubuhan ini adalah dilarang daripada mempunyai pergabungan di luar Malaysia.

30.4. Pertubuhan ini ditegah daripada bergiat atau menyokong mana-mana parti politik.