Sunday, June 9, 2013

Perutusan YDP


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas



____________________________________________________________


Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinnya maka kita semua dapat berinteraksi di alam cyber yang merupakan wadah baru BAKIT KL untuk ahli-ahli lebih berinteraksi, berkongsi idea demi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti BAKIT KL.

Arah tuju BAKIT adalah jelas iaitu pertamanya menjadi platform kepada anggota-anggota TM yang beragama ISLAM untuk menambah ilmu dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan, kebajikan kepada ahli-ahli disamping menguatkan ukhuwah sesama ahli. 

Ianya secara tak langsung dapat membantu TM melahirkan pekerja yang berdedikasi, produktif dan berakhlak mulia, beramanah dan mulia budi pekerti.

Aktiviti-aktiviti BAKIT KL bukan hanya tertumpu kepada kuliah ilmu dan ceramah agama bahkan ianya diperluaskan lagi sesuai dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. 

Secara umumnya aktiviti BAKIT meliputi aktiviti untuk ahli seperti ceramah, kuliah dan forum disamping sumbangan kebajikan dan juga kegiatan luaran seperti ziarah dan kembara ibadah. 

BAKIT juga mengadakan aktiviti untuk anak ahli seperti kem motivasi dan juga khemah ibadah.

BAKIT juga melibatkan diri dengan masyarakat luar dengan pelbagai aktiviti seperti sumbangan zakat TM kepada asnaf, kembara dakwah dengan masyarakat orang asli, bantuan kepada surau, anak-anak yatim dan juga individu yang di timpa musibah.

Perjuangan kita bersama BAKIT untuk meningkatkan syiar ISLAM perlulah diteruskan dan diperhebatkan lagi melalui pelbagai aktiviti disamping membentuk jaringan yang lebih luas dengan pelbagai pertubuhan seperti IKRAM, NGO-NGO dan pelbagai organisasi lagi.

Semoga dengan kewujudan Blogspot BAKIT KL ini, interaksi antara ahli-ahli dapat dipertingkatkan dan segala permasaalahan, cadangan, ide-ide serta teguran dan komen yang membina amat dialu-alukan.


HASSAN BIN UNIR

No comments:

Post a Comment