Monday, June 10, 2013

Program Kem Pemantapan Syahsiah di Lembah Azween Resort Meriah !!!


Sempena dengan cuti sekolah, BAKIT KL, Kelab TM KL berserta Masjid WP dan Kelab Ikram Teen WP telah menganjurkan program Kem Pemantapan Syakhsiah pada 28 Mei – 30 Mei 2013 di Lembah Azween Resort, Hulu Langat.

Bilangan peserta yang mengikuti kem tersebut seramai 142 peserta di mana terdiri dari anak-anak anggota TM seramai 62 dan selebihnya peserta-peserta luar TM.



Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi melahirkan remaja Muslim yang menghayati ajaran Islam, menyuntik semangat dan motivasi ke arah kecemerlangan akademik demi membentuk anak soleh dan pintar.

YDP BAKIT KL, En Hassan Unir turut serta memberi motivasi pada para peserta dan dibantu olih fasilitator dari pihak IKRAM yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti. 

En Hassan Unir berbesar hati menyampaikan hadiah pada para pemenang semasa majlis penutupan kursus.








1 comment: