Sunday, June 16, 2013

Penyerahan Sumbangan untuk Pesakit Kronik - Pn Jamiliah bt Malik

Pn Jamaliah (terlantar) bersama suami En Zakaria bin Awang menerima sumbangan daripada En Mahadi Abu Bakar

Pn.  Jamaliah bt Malik 54 tahun  (bekas pekerja TM) yang kini mengidap kanser usus sejak 2007 tahap 4 dimana keadaanya  semakin kronik setelah segala usaha  rawatan hospital dijalankan termasuk sesi radioterapi dan kimoterapi.


Penderitaan beliau yang telah diwar-warkan dalam Blog BAKIT KL telah mendapat simpati dari Warga BAKIT KL dan Warga TM.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan olih En Mahadi Bin Abu Bakar bersama isteri kepada suami beliau iaitu Encik Zakaria Bin Awang pada 15 Jun 2013 di rumah beliau di Bukit Beruntung.  Selain sumbangan tunai , terdapat juga sumbangan melalui ‘on-line banking’ dari warga BAKIT KL & TM.


Sumbanga masih boleh disalurkan ke akaun Maybank No: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG atau Bank Simpanan Nasional  : no akaun 14194-29-00000507-7 JAMALIAH BT MALIK
Pihak BAKIT KL mengucapkan terima kasih atas sumbangan, semoga mereka-mereka yang memberi sumbangan  mendapat ganjaran dari Allah SWT.




1 comment:

  1. Alhamdulillah - serba sedikit moga dpt meringankan kos perbelanjaan mereka suami isteri, hatta hy tidak sebesar mana. Semoga ALLAH beri mereka kelapangan yg berpanjangan. Aamiiin.

    ReplyDelete