Thursday, June 13, 2013

Jom membeli-belah di Kedai BAKIT I-SHOPPE


Kedai BAKIT I Shoppe  di Menara TM memang tak asing bagi Warga Menara TM dan juga Ahli BAKIT. Ianya telah ada sejak tahun 2006 lagi. Berkonsepkan kedai runcit yang menjual pelbagai barangan runcit seperti makanan ringan, minuman pelbagai rasa dan juga peralatan pejabat serta juga majalah dan suratkhabar.





Di bawah pengurusan BAKIT PUSAT, SU Agong BAKIT Pusat, En Mohd Lazim Mohd Yaasin telah dilantik bagi menguruskan I-Shoppe dan dibantu olih En Azalan Bin Hassan dan Puan Rosmina Bt Mustafa  


Kedai ini beroperasi mulai 7.30 pagi ~ 7.00 malam dari Isnin ~ Khamis dan 9 pagi ~ 12.00 tengahari pada hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad.



I-Shoppe ini juga menerima tempahan makanan serta barang-barang keperluan harian dalam kuantiti yang banyak seperti air mineral, minuman kotak dan sebagainya. Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-2240 6006 dan berhubung dengan Puan Ros atau Encik Azalan. Ianya turut membantu memasarkan produk-produk BAKIT seperti Jualan Surah Yaasin dan bahan pewangi.


Dengan membeli belah di I-Shoppe ini akan dapat membantu meningkatkan lagi sumber kewangan BAKIT di mana tujuan utamanya ditubuhkan adalah bagi membiayai pelbagai kegiatan BAKIT. Justru itu, diharapkan warga BAKIT dan warga TM dapat membantu pengurusan BAKIT dengan membeli pelbagai barang di I-Shoppe ini.


3 comments:

  1. kedai BAKIT punya ke, TERBAIKlah kedai ni, best sebab banyak makanan dan murah

    ReplyDelete
  2. Saya shopping di sini, tak menoleh ke sebelah dah, hehe. Sebab nak membantu BAKIT

    ReplyDelete
  3. Ada tak siapa tahu no phone puan yang hantar spagheti kat kedai bakit ni...

    ReplyDelete