Tuesday, June 25, 2013

Lawatan ke Telekom dan Maahad Tahfizul Ulumul Quran Samahani Acheh


Ahli rombongan yang terdiri dari kakitangan berserta keluarga TM Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan ke Telekom Aceh & menziarahi Mahaad Tahfiz Ulumul Quran Samhani, Aceh pada 31 Mei  – 3 Jun 2013. Program anjuran oleh BAKIT KL berserta agensi Peduli Kasih yang diketuai olih PSU BAKIT KL, Hj Nordin Zalani telah disertai seramai 40 peserta. 

 Peserta disambut oleh En. Muhammad Nur dan En. Teuku Amiruddin beserta En. M.Saiful dan majlis penerangan diikuti dengan tayangan slide video berkaitan tragedi video Tsunami dan kesannya pada sistem Telekomunikasi Aceh yang belaku pada 26 Disember 2006. Sila lawati ‘you tube’ rombongan ke Aceh’ untuk tatapan bersama.


Ziarah diteruskan lagi dengan lawatan ke Mahaad Tahfiz Ulumul Quran Samhani, Aceh dimana ianya melahirkan para daei (pendakwah) untuk dihantar sebagai tenaga pengajar Mahaad Tahfiz sekitar Aceh.


Peserta  rombongan disambut olih Mudir Mahaad, Pak Nur dan berserta 30 orang pendakwah. Hj Nordin Zalani selaku wakil BAKIT KL telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 5000 hasil kutipan olih kakitangan TM, individu dan juga ahli BAKIT KL.

Lawatan diteruskan lagi ke Masjid Baitul Rahman dimana Masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat dari bencana Tsunami yang telah mengorbankan hampir 250,000 penduduk Aceh. Tidak ketinggalan juga melawat Museum Tsunami serta kapal yang yang tersadai di tengah Bandar Aceh.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Blh sy inginthu lebih mendalam tentang Maahad Tahfizul Ulumul Quran Samahani Acheh?

    ReplyDelete