Tuesday, July 9, 2013

Ceramah "Lambaian Ramadhan" di TM Bukit Mahkamah mendapat sambutan hangat


Program Ceramah Lambaian Ramadhan di TM Bukit Mahkamah pada 4 Julai 2013 telah mendapat sambutan di mana seramai lebih 150 orang warga TM KL telah hadir dalam sesi tersebut.

Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Dr. Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya. Program tersebut telah di taja oleh BAKIT KL, Surau An –Nur TM Bukit Mahkamah dan HCBD KL.





State General Manager, Encik Manivannan yang hadir memberi ucapan alu-aluan dan turut mendengar ceramah yang disampaikan olih Ustaz Roslan Mohamed.

Turut hadir ialah YDP BAKIT KL, En Hassan Unir dan juga En Mior Hamdan Mior Ishak .


Sempena dengan program tersebut setiap peserta telah dibekalkan dengan Nasi Ayam & juga sebungkus Kurma. Penceramah menekankan kepada perlunya perubahan diri para Muslimin/Muslimat daripada bersifat negative kepada sifat positif.

Setiap peserta perlu menghayati dan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan dengan membaca al-quran, bersedekah, berqiamullail, bertadarus quran dan berdoa.

Semoga dengan kehadiran Ramadhan akan dapat meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment