Tuesday, June 11, 2013

PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN KE MADRASAH PONDOK YATIM TAHFIDHUL QUR’AN AR RAUDHAH, LHOKSEUMAWE, ACHEH UTARA


AJK BAKIT Pusat, BAKIT Kedah, BAKIT Melaka dan Kelab TM Teknologi Maklumat (KTTM) telah mengadakan ziarah pada 31 Mei-3 Jun 2013 dan diketuai oleh En. Mohd Azhar Abu Hassan (Ketua, HC BP  IT & NT).


Mudir Madrasah Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah, Ustaz Hamdani telah menyambut ketibaan kami dan membawa kami menjejaki tempat bersejarah seperti Muzium Tsunami, Kapal Apung ( tempat dimana kapal setinggi 4 tingkat dihanyut 5 km ke daratan melenyapkan beberapa buah rumah).

Program seterusnya adalah menyaksikan penyembelihan aqiqah seekor lembu amanah dari Warga TM dan baki seekor lembu dan seekor kambing untuk aqiqah akan
  


Hasil sumbangan warga TM dan individu yang terkumpul sebanyak RM45,000 di mana sebahagian sumbangan sebanyak RM27,000 telah dikirim terlebih dahulu untuk membolehkan pembinaan fasa akhir madrasah diselesaikan bagi perolehan 100 Set kerusi meja serta kipas dinding dan binaan paras tingkat dua bagi kekemasan lantai, pembelian juga pemasangan jubin lantai, dinding kelas pengajian dan tempahan rak buku untuk sudut bacaan bakal tahfiz.


Set Kerusi Meja, Kipas, jubin dan dinding kelas pengajian dari Warga TM juga individu.
Sudut Bacaan dan sumbangan buku UmmiKu Sayang dan Jules MD’s Goons

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh En. Mohd Azhar Abu Hassan kepada Mudir Madrasah Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah, Ustaz Hamdani selepas solat Isya pada 1 Jun 2013 di bangunan Madrasah yang telah disiapkan pembinaannya bagi baki sumbangan tunai, telekung, kain pelikat, kopiah, tafsir Al Quran, buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen (sumbangan UmmiKuSayang Charity Team dan JulesMD’s Goons)  dan makanan kering (serunding, kismis, kek kukus, kurma, kekacang dan coklat) untuk persediaan Ramadhan 1434H yang bakal tiba.



Aktiviti beriadah bersama anak-anak Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah memberi keceriaan pada mereka.
Riadah di Pantai Ujong Blang, Daerah Lhokseumawe




Kembara ziarah diteruskan di 6 pusat Pasentren dalam lingkungan 5 – 10 KM radius dari Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah bagi merapatkan silatulrahim dan penyampaian sumbangan dari individu dan warga TM.






Kembara di teruskan dengan solat subuh di Masjid Baiturrahman dan mendengar kuliyyah subuh yang disampaikan oleh imam bertugas.


Kuliyyah Subuh
Terima kasih Allah yang telah mempermudahkan urusan kami sebagai duta Warga TM di bumi Lhokseumawe Acheh yang bertuah serta terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan  yang bermurah hati  menyumbang kepada Madrasah Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah dan 6 pusat Pesanteran yang sempat kami jejaki dengan kerjasama Mudir Madrasah Pondok Yatim Tahfidhul Quran Ar Raudhah, Ustaz Hamdani

Semoga ziarah ini berjaya  mengeratkan ukhwah sesama Islam dalam rumpun seagama yakni ISLAM yang satu.

Sekian.


Lujnah Bakit Helwa

No comments:

Post a Comment