Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas |
____________________________________________________________
Syukur
ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinnya maka kita semua dapat berinteraksi di
alam cyber yang merupakan wadah baru BAKIT KL untuk ahli-ahli lebih
berinteraksi, berkongsi idea demi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti BAKIT KL.
Arah
tuju BAKIT adalah jelas iaitu pertamanya menjadi platform kepada anggota-anggota
TM yang beragama ISLAM untuk menambah ilmu dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti keagamaan, kebajikan kepada ahli-ahli disamping menguatkan
ukhuwah sesama ahli.
Ianya secara tak langsung dapat membantu TM melahirkan pekerja yang berdedikasi, produktif dan berakhlak mulia, beramanah dan mulia budi pekerti.
Aktiviti-aktiviti
BAKIT KL bukan hanya tertumpu kepada kuliah ilmu dan ceramah agama bahkan ianya
diperluaskan lagi sesuai dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Secara umumnya aktiviti BAKIT meliputi aktiviti untuk ahli seperti ceramah,
kuliah dan forum disamping sumbangan kebajikan dan juga kegiatan luaran seperti
ziarah dan kembara ibadah.
BAKIT juga mengadakan aktiviti untuk anak ahli
seperti kem motivasi dan juga khemah ibadah.
BAKIT juga melibatkan diri dengan
masyarakat luar dengan pelbagai aktiviti seperti sumbangan zakat TM kepada
asnaf, kembara dakwah dengan masyarakat orang asli, bantuan kepada surau,
anak-anak yatim dan juga individu yang di timpa musibah.
Perjuangan
kita bersama BAKIT untuk meningkatkan syiar ISLAM perlulah diteruskan dan
diperhebatkan lagi melalui pelbagai aktiviti disamping membentuk jaringan yang
lebih luas dengan pelbagai pertubuhan seperti IKRAM, NGO-NGO dan pelbagai
organisasi lagi.
Semoga
dengan kewujudan Blogspot BAKIT KL ini, interaksi antara ahli-ahli dapat
dipertingkatkan dan segala permasaalahan, cadangan, ide-ide serta teguran dan komen yang membina amat dialu-alukan.
HASSAN BIN UNIR
No comments:
Post a Comment