Wednesday, June 12, 2013

Rayuan: Mohon Sumbangan untuk membantu Pesakit Kronik Pn Jamaliah bt Malik

Jamaliah bt Malik

Pn.  Jamaliah bt Malik 54 tahun  yang kini mengidap kanser usus sejak 2007 tahap 4 dimana keadaanya  semakin kronik setelah segala usaha  rawatan hospital dijalankan termasuk sesi radioterapi dan kimoterapi.

Beliau pernah berkhidmat di TM selama lebih 15 tahun kini terlantar dirumah dengan keadaannya memakai  beg khas (Stoma Bag) untuk pembuangan najis setelah perutnya ditebuk melalui pembedahan usus. 


Beliau juga menghadapi  masaalah pembuangan air kecil  dan beberapa ketika  menggunakan tiub kencing  tetapi  kini tidak berfungsi  menyebabkan air kencing sentiasa keluar  dan meleleh tidak berhenti dan terpaksa memakai pampers  tidak kurang dari enam ke tujuh  keping sehari.  


Beliau juga menderita kerana  air bisa dari perut sentiasa keluar yang terpaksa dilap menggunakan kapas setiap masa.

Oleh kerana tiada lagi rawatan hospital setelah segala usaha dijalankan tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan, kini suami beliau En Zakaria bin Awang berikhtiar  membeli ubat-ubat alternatif rawatan  kanser  yang  menelan belanja lebih tinggi.

BAKIT KL merayu sumbangan dari ahli BAKIT KL untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh pesakit.   

Semoga sumbangan anda diberi ganjaran oleh Allah Swt.

BAKIT KL akan menyumbang RM 500 dan sumbangan akan diserahkan kepada rakan sekerja beliau, iaitu Mahadi Bin Abu Bakar, Bhg TM Retail – Government Sales  atau bolih disalurkan ke akaun Maybank No: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG atau Bank Simpanan Nasional  : no akaun 14194-29-00000507-7 JAMALIAH BT MALIK

No comments:

Post a Comment