BADAN
KEBAJIKAN ISLAM TM (BAKIT) melancarkan
TABUNG BANTUAN KEBAKARAN KG. DATU & KG. HILIR, SIBU, SARAWAK untuk
membantu 713 mangsa daripada 131 keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat
kebakaran yang berlaku pada 19 Jun 2013 yang lalu. Tragedi kebakaran ini
adalah yang terburuk pernah berlaku di Negeri Sarawak pada tahun ini.
Berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Oleh yang demikian, kami amat
mengalu-alukan sumbangan ikhlas warga TM dari seluruh negara untuk menyumbang
ke Tabung Bantuan Kebakaran ini.
Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada ”Badan
Kebajikan Islam Telekom Malaysia”, atau ’bank-in’ terus ke dalam akaun
semasa BAKIT di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Menara TM, Jalan
Pantai Baharu, KL, no. akaun : 1418-0010-0066-97.
Kami
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan anda. Untuk makluman, Tabung
Bantuan Kebakaran ini akan ditutup pada 5 Julai 2013 / 26 Rejab 1434H
supaya sumbangan ini boleh diserahkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat
melalui BAKIT / TM Sarawak sebelum menjelangnya bulan Ramadan 1434H.
No comments:
Post a Comment