Sunday, September 8, 2013

PROGRAM IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ASDAF

Warga ASDAF riang menerima duit Hari Raya

Program tersebut merupakan program Iftar bersama anak anak Yatim ASDAF, Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan KL bersama TM KL dan BAKIT KL

Seramai 150 anak Yatim/Miskin/Pekerja ASDAF telah diberikan sedikit sumbangan Hari Raya @ RM50.00 setiap seorang. Program telah berjalan lancar dan dalam suasana meriah apabila semua anak anak dan pekerja ASDAF diberikan duit Raya. Pihak ASDAF mewakili Rumah anak anak Yatim yang mengucapkan Ribuan terima kasih kepada pihak TM KL dan BAKIT KL kerana sudi menyediakan jamuan berbuka puasa dan memberikan sumbangan Hari Raya serta hamper kepada mereka.


Pengetua ASDAF berharap program seumpamanya ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan kerana penglibatan dan kerjasama pihak TM KL dan BAKIT KL telah berjaya mengikat tali silaturahim di antara Rumah Anak Anak Yatim dengan pihak TM KL/BAKIT KL.

ASDAF yang menempatkan anak-anak yatim khususnya di kalangan orang asli

State General Manager KL, En R. Manivannan hadir menyampaikan duit raya

No comments:

Post a Comment