Tuesday, September 3, 2013

BAKAL HAJI /HAJAH TERUJA MENGIKUTI KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI 1434H

Ustaz Mohd Aisha Jaafar memberi pencerahan mengenai ‘Manasik Haji’
 BAKIT PUSAT dan Group Human Capital TM mengadakan Kursus Intensif Haji pada 2 September 2013 untuk warga TM Kawasan Tengah/IP yang terpilih mengerjakan haji pada tahun ini. Kursus yang disertai  oleh bakal Haji & Hajjah  dimulai dengan pencerahan mengenai Manasik Haji disampaikan oleh Ustaz Mohd Aisha Jaafar dan diikuti dengan Forum Ibadah Haji yang menampilkan Ustaz Mohd Aisha dan Ustaz Mohd Norazman Mohd Amin berserta moderator Ustaz Zulkifli.

Dr Norhaslinda Mat Hassin memberi taklimat penjagaan kesihatan ketika di Tanah Suci diikuti dengan sessi penerangan mengenai Penggunaan Kad i-Talk oleh Puan Hajah Azahani Omar.


Majlis perasmian penutup kursus Intensif Ibadah Haji 1434H dirasmikan oleh Datuk Hj Ghazali Harun, Ketua Pegawai Perolehan TM yang juga merupakan TYDP BAKIT Pusat. Turut serta adalah Pengurus Besar GHCM, Dato' Sharif Zaimi Abu Hashim berserta YDP BAKIT KL, En Hassan Unir.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati pada semua bakal Haji & Hajjah dan juga pemberian sumbangan RM100 pada 20 orang bakal Haji & Hajah yang merupakan ahli-ahli BAKIT KL.
Forum Ibadah haji menampilkan Ust Aisha & Ust Norazman dan Ust Zulkifli (moderator) 
Dr Norhaslinda Mat Hassin memberi taklimat penjagaan kesihatan ketika di Tanah Suci
Taklimat penggunaan Kad i-Talk olih Puan Hajah Azahani Omar 


Bakal Haji / Hajah menjalani kursus Intensif Haji 1434H

Peserta kursus mendengar ucapan dari Datuk Hj Ghazali Harun
Datuk Hj Ghazali Harun merasmikan penutupan kursus intensif Haji

Dato' Sharif Zaimi Abu Hashim, Datuk Hj Ghazali Harun dan En Hassan Unir

Penyampaian cenderahati pada bakal Hajah

Dato' Sharif Zaimi Abu Hashim menyampaikan cenderahati pada En Abu Zarin Abdullah

Datuk Hj Ghazali Harun menyampaikan sumbangan dari BAKIT KL  pada En Ilias Shareff

Penyampaian sumbangan dari BAKIT KL pada bakal Hajah

1 comment:

  1. Alhamdulilah. Moga para jamaah mendapat Haji mabrur. Amin. Tahniah juga kepada BAKIT kerana sentiasa konsisten mengadakan program ini setiap tahun.

    ReplyDelete