Tuesday, December 24, 2013

MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM 2013 ( 3 )


Kontigen-kontigen BAKIT Negeri bergambar kenang-kenangan dan penyampaian sumbangan cenderahati pada mualaf

MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM 2013 (2)

Pemenang Kategori Bercerita Kanak-Kanak – Adik Nur Fahima Bt Mohd Norazman ( Kelantan)
 Para Pemenang Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran menerima hadiah daripada Datuk Bazlan Osman dan Datuk Dr Halim Shafie.

Monday, December 23, 2013

MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM 2013 ( 1 )


Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran (MTQ) Peringkat Kebangsaan TM merupakan acara utama dalam Karnival Islam TM 2013.  Ianya turut mengandungi acara bercerita bagi kanak-kanak dan juga pidato bagi remaja dan disertai olih 13 BAKIT Negeri.


MTQ dimulai dengan majlis meraikan kehadiran peserta-peserta bersama keluarga olih YDP BAKIT KL, En. Hassan Unir diikuti dengan taklimat keseluruhan  oleh Ketua Urusetia MTQ, Hj Azmi Bin A. Ghani.

MESYUARAT AGONG BAKIT PUSAT SESI 2013 – 2015 BERJALAN LANCAR


Mesyuarat  Agong BAKIT Pusat bagi sesi 2013 - 2015 berjalan dengan lancar. Ianya diadakan semasa  Karnival Islam TM 2013 berlangsung bagi memudahkan perwakilan-perwakilan dari BAKIT Negeri yang turut hadir pada Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran TM 2013 sempena Karnival Islam TM 2013. Mesyuarat dirasmikan oleh YDP BAKIT Pusat Datuk Bazlan Osman.

GALERI ISLAM NUSANTARA BERJAYA MEMIKAT RAMAI PENGUNJUNG


BAKIT KL dan GHC TM membawa kelainan dalam Karnival Islam TM 2013 dengan menampilkan galeri Islam Nusantara yang membawa kepada sejarah kemasukan Islam di Nusantara, tokoh Islam Nusantara, juga Busana Muslimah, warisan seni Khat dan pelbagai manuskrip dan bual bicara keilmuan.

Monday, December 16, 2013

SUNATHON – PROGRAM BERKHITAN BERAMAI-RAMAI MERIAH !!!


BAKIT KL dengan kerjasama Madrasah Arsyadiah telah  menganjurkan  Program Berkhitan beramai-ramai atau ‘Sunathon’ pada 7 Disember 2013 . Bertempat di Madrasah Arsyadiah yang terletak di Taman Angkasa, Pantai Dalam, program dimulakan dengan perarakan bunga telur diikuti perasmian oleh YDP BAKIT KL, En Hassan Unir.

PROGRAM ‘MUDAHNYA BELAJAR BAHASA INGGERIS’ MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT !!!




BAKIT HELWA berserta BAKIT KL dengan kerjasama ‘Next Synergy Consultancy’ telah menganjurkan sesi pembelajaran ‘Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris’ bagi kanak-kanak berumur 8 – 11 tahun pada 3 – 5 Disember 2013.

Thursday, December 5, 2013

Program Berkhitan Beramai-Ramai 2013


Program ‘Be A Muslim Warrior’ memberi impak positif pada remaja !!!


BAKIT KL telah menganjurkan  kem motivasi bagi membentuk jatidiri remaja yang berketerampilan disamping melatih remaja menjadi pemimpin  yang qawiy, amanah, qudwah dan menjadi ‘role model’ kepada remaja lain.

Bertemakan ‘Cemerlang di usia Remaja’ dan bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat, seramai hampir 100 remaja didedahkan pelbagai program seperti, Xplorace, survivor cooking, Nike Wok, Kembara Buta disamping pengisian Rohani seperti tazkirah dan Qiyamullail. 

Wednesday, December 4, 2013

Program ‘Meniti Usia Baligh’ memberi banyak panduan pada bakal remaja


BAKIT KL telah menganjurkan satu program kem motivasi untuk anak-anak awal remaja pada 18 Nov 2013 yang lepas. Bertempat di Dewan Serbaguna menara TM, kem ini menarik kehadiran lebih 130  remaja dari anak-anak warga TM, termasuk juga 20  remaja jemputan dari  rumah anak-anak yatim An Najah Kuala Lumpur.

Monday, November 25, 2013

Karnival Islam 2013 - Terokai, Fahami, Hayati...


Karnival Islam 2013 menampilkan pelbagai aktiviti keilmuan antaranya:
 
Aktiviti HUB 4 U (Bazar Jualan) anjuran Bakit Helwa beroperasi dari 25hb hingga 28hb Nov setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Saturday, November 16, 2013

Wednesday, November 13, 2013

Sunday, November 10, 2013

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor, Cyberjaya dan Kuala Lumpur berjalan lancar


Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor, Cyberjaya dan Kuala Lumpur telah diadakan pada 26 Oktober 2013 telah berjaya menarik penyertaan hampir 70 peserta.
Selain dari perujian Al Quran, pertandingan Pidato dan bercerita kanak-kanak juga diadakan.

Majlis Perasmian Penutup telah dijayakan olih Tuan Haji Abdul Salam Abdul Wahab, Pengurus Besar PMOI


Encik Nur Aslam Faiz Othman dan Puan Hariah binti Ahmad telah berjaya menjadi johan kategori Tilawah Dewasa Lelaki dan Perempuan.

Saturday, November 2, 2013

Program Jalinan Kasih bersama Penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras Anjuran TM meriah

 Pada 19 Oktober 2013 kakitangan TM termasuk AJK BAKIT KL, Pelatih Khidmat Negara Kem Semenyih, Anggota Rejimen Semboyan Diraja PAKAR Telekom (AW), Persatuan Puteri Islam Malaysia peringkat Negeri Selangor (PPIM) dan beberapa kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membanjiri perkarangan Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras bagi menyemarakkan Program Jalinan Kasih bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras.

Wednesday, October 30, 2013

PROGRAM IBADAH QURBAN BERSAMA PONDOK YATIM TAHFIDUL QURAN AR RAUDAH, ACHEH


Program Ibadah Qurban 1434H yang diusahakan BAKIT HELWA PUSAT bersama PONDOK YATIM TAHFIDHUL QUR'AN AR RAUDHAH, Lhokseumawe, Acheh Utara di bawah kelolaan Mudir Pak Hamdani Salami Dadeh telahpun dapat dilaksanakan berdasar amanah yang diberi oleh para muslimin/muslimat yang berdaftar.

Thursday, October 24, 2013

Program Ziarah Qurban NYDP BAKIT KL ke Desa Pakel, Banyu Wangi Jawa Timur



Program ziarah Qurban dengan kerjasama Mahaad Tahfiz Al Quran Wal Imamah, Meru, Klang telah diadakan selama 4 hari bermula dari 13/10/2013 hingga 16/10/2013. 

Tuesday, October 8, 2013

Keperihatinan warga TM terbukti dengan sumbangan RM18,361.00 untuk rakyat Syria


Dr Muhammad Munawar M. Hatta, aktivis IKRAM telah menyampaikan informasi terkini mengenai apa yang telah dan sedang berlaku di Syria pada ceramah yang diadakan di Dewan Serbaguna TM pada 07 Oktober 2013. Beliau yang berada di Syria sepanjang bulan Ramadhan yang lepas menyifatkan krisis kemanusiaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak dan orang awam amat membimbangkan akibat dari ancaman rejim pemerintah terhadap pejuang yang ingin membebaskan Syria dari pemerintahan yang zalim.

Krisis yang bermula akibat pembunuhan kanak-kanak yang melukis dan menconteng di dinding sekolah supaya pemerintah sediada meletak jawatan disampaikan dengan nada yang penuh emosi dan amat menyayat hati para pendengar.

Perkongsian Pengalaman: Syria is calling you !!!


WARGA TM TERUJA MENDENGAR PENCERAHAN ILMU OLEH USTAZ EBIT LEW


BAKIT KL & TIARANITA sentiasa istiqamah dalam memberi peluang bagi Warga TM untuk mendengar limpahan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz atau para ilmuan islam.

Bertempat di Dewan Kristal TMCC pada 02 Oktober, ceramah berbentuk motivasi disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew yang banyak menonjolkan kehidupan dan sunnah yang diamalkan oleh Rasullulah SAW.

Antara pesanan Ustaz:

"Adakah kita akan rasa sedih dan menangis melihat nasib bukan Islam. Kita melihat mereka setiap hari. Di pasaraya, di pejabat. Mereka baik, cantik tapi mereka akan menghuni neraka kerana tiada Iman"

Ceramah Motivasi - Ustaz Ebit Lew


Wednesday, September 25, 2013

BAKIT KL MENERIMA SUMBANGAN UNTUK DI AGIHKAN PADA RUMAH ANAK YATIM


BAKIT KL menerima sumbangan ‘Voucher AEON’ bernilai RM 3000 daripada Bahagian Corporate Strategy untuk diagih-agihkan pada rumah Anak Yatim.
Sumbangan itu adalah hasil daripada anugerah atas kejayaan meraih tempat pertama ‘MARIM Project Manager of the year 2012’.

TRAGEDI KEMANUSIAAN SYRIA OLEH AKTIVIS IKRAM


Ceramah mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria diadakan di TM Bukit Mahkamah anjuran BAKIT KL dan Surau An Nur, Bukit Mahkamah.
Ianya disampaikan oleh Hajah Farida Maludin, anggota IKRAM yang berada di Syria sepanjang bulan Ramadhan 1434H.

PROGRAM KHATAM AL QURAN DI MASJIDIL HARAM DI PENGHUJUNG RAMADHAN


Majlis Khatam Al Quran di Masjidil Haram dan diikuti dengan bacaan Yaasin & Tahlil Arwah oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mekah.

Setiap tahun Surau Al Hidayah  TM Annexe 1, antara Surau dibawah BAKIT KL telah menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah di Mekah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mekah. Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari Warga TM khususnya yang berada di TM Annexe 1.

Sunday, September 8, 2013

KRISIS MESIR : DULU, KINI.. AND WHAT’S NEXT ANJURAN BAKIT KL & TIARANITA

Hadirin terutama Muslimat mendengar dengan tekun kupasan dari Dr Maslee Malik

Dewan KRISTAL TMCC sekali lagi dibanjiri oleh Warga TM untuk mendapat maklumat berita terkini mengenai apa sebenarnya berlaku di Mesir dan kesudahannya serta peranan yang boleh dimainkan oleh kita bagi membantu umat Islam di sana.

Dengan menampilkan Dr Maslee Bin Malik seorang penganalisis politik yang tak asing di negara kita berserta Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, AGM Bhg TM Retail yang juga merupakan aktivis pelbagai pertubuhan NGO bertindak sebagai moderator, ianya banyak memberi gambaran sebenar keadaan di Mesir

PROGRAM IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ASDAF

Warga ASDAF riang menerima duit Hari Raya

Program tersebut merupakan program Iftar bersama anak anak Yatim ASDAF, Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan KL bersama TM KL dan BAKIT KL

Seramai 150 anak Yatim/Miskin/Pekerja ASDAF telah diberikan sedikit sumbangan Hari Raya @ RM50.00 setiap seorang. Program telah berjalan lancar dan dalam suasana meriah apabila semua anak anak dan pekerja ASDAF diberikan duit Raya. Pihak ASDAF mewakili Rumah anak anak Yatim yang mengucapkan Ribuan terima kasih kepada pihak TM KL dan BAKIT KL kerana sudi menyediakan jamuan berbuka puasa dan memberikan sumbangan Hari Raya serta hamper kepada mereka.

Tuesday, September 3, 2013

BAKAL HAJI /HAJAH TERUJA MENGIKUTI KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI 1434H

Ustaz Mohd Aisha Jaafar memberi pencerahan mengenai ‘Manasik Haji’
 BAKIT PUSAT dan Group Human Capital TM mengadakan Kursus Intensif Haji pada 2 September 2013 untuk warga TM Kawasan Tengah/IP yang terpilih mengerjakan haji pada tahun ini. Kursus yang disertai  oleh bakal Haji & Hajjah  dimulai dengan pencerahan mengenai Manasik Haji disampaikan oleh Ustaz Mohd Aisha Jaafar dan diikuti dengan Forum Ibadah Haji yang menampilkan Ustaz Mohd Aisha dan Ustaz Mohd Norazman Mohd Amin berserta moderator Ustaz Zulkifli.

Dr Norhaslinda Mat Hassin memberi taklimat penjagaan kesihatan ketika di Tanah Suci diikuti dengan sessi penerangan mengenai Penggunaan Kad i-Talk oleh Puan Hajah Azahani Omar.

Thursday, August 29, 2013

Wednesday, August 28, 2013

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri TMKL


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI SURAU AL HIDAYAH TM ANNEXE 1 MERIAH


Saban tahun sejak 2003 Surau Al Hidayah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya khususnya untuk semua warga TM Annexe 1. Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah diadakan pada 23 Ogos 2013 dan seperti kelazimannya bertempat di Surau Al Hidayah.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi Surau, En Suratman Bin Ahmad dan diakhiri dengan bacaan Selawat yang dipimpin oleh En Baharom Mohd Salleh.


Persediaan menyediakan juadah bermula  pukul 8.00 pagi oleh AJK Muslimat dan pelbagai juadah dihidangkan untuk para tetamu. Hampir 1200 tetamu hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini.

Wednesday, August 14, 2013

PROGRAM IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK YATIM NUR KASIH DAN NUR IMAN

Pengurus Besar GHCM Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim menyampaikan ucapan

Pihak GHCM dengan kerjasama TM KL dan Bakit KL telah mengadakan program Iftar Ramadhan pada 17 Julai 2013 bersama dengan anak anak Yatim daripada Rumah Penyayang Nur Kasih & Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak.


Program telah dilaksanakan di Asrama Penyayang Nur Iman, disertai olih pegawai TM KL dan Ibu Pejabat serta anak anak Yatim. 

Penyerahan sumbangan duit zakat dan duit raya telah diberikan kepada seramai 85 orang anak anak Yatim dan telah disempurnakan oleh SGM KL, En R. Manivannan dan beberapa pegawai yang mewakili GHCM HQ iaitu  Dato’ Sharif Zaimi, En Azman Shah Mohamad, En Mohd Erly Ab Rahim, Puan Norhayati Hanafiah. 

Tuesday, August 13, 2013

AGIHAN SUMBANGAN RAMADHAN / SYAWAL 1434H BERJALAN LANCAR DAN MERIAH

Rumah Titian Kasih, Titiwangsa – 27 Jul 2013 (18 Ramadhan)

Agihan Sumbangan Ramadhan / Syawal oleh BAKIT HELWA dengan kerjasama UmmiKuSayang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor & Teluk Intan yang disampaikan di sepanjang Ramadhan 1434H.  Alhamdulillah, RM2,000 minimum, hampers, kurma dan kuih-muih dapat diberi untuk setiap rumah perlindungan dan persatuan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Wednesday, July 31, 2013

FORUM BICARA RAMADHAN PENGAKHIRAN PADA MAJLIS ILMU SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1434H


Forum Bicara Ramadhan mengakhiri Majlis Ilmu yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan 2013. Forum Bicara Ramadhan anjuran bersama BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik minat ramai hadirin.

Panelis yang tak asing lagi Ustaz Roslan Bin Mohamed dan  Ustazah Dr Sharifah Hayati bersama Haji Yasim Bin Mohamed yang bertindak sebagai moderator forum.

Thursday, July 25, 2013

CERAMAH RAMADHAN TERUS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI WARGA TM

YDP BAKIT PUSAT Datuk Bazlan Osman turut hadir

Warga TM khususnya dari persekitaran Menara TM, TM Annexe1 & 2 terus membanjiri Ceramah Perdana Siri 3 yang diadakan pada 25 Julai 2013 di TMCC.

Ketua Pegawai Kewangan TM, Datuk Bazlan Osman selaku YDP BAKIT PUSAT turut melapangkan masa bagi mendengar Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Shauqi Othman. 

Presiden TIARANITA, YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid  berserta TYDP BAKIT Pusat, Dato Gazali Haron turut hadir mendengar perkongsian ilmu yang berkaitan dengan Nuzul Quran.

Monday, July 22, 2013


Siri 2 Ceramah Ramadhan Berjalan Lancar


Ceramah Ramadhan Siri 2 anjuran BAKIT, TIARANITA dan Surau Menara TM pada 22 Julai 2013 bertempat di Dewan Kristal, TMCC berjaya menarik ramai hadirin.

AJK BAKIT KL, Encik Shariff Bin Mohd Din bertindak sebagai Pengerusi Majlis. Berbekalkan tajuk, Fasa 2 Ramadhan Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan tip-tip penting dalam melaksanakan amalan-amalan soleh di bulan yang penuh dengan keberkatan. Beliau turut menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh hadirin.