Wednesday, August 28, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI SURAU AL HIDAYAH TM ANNEXE 1 MERIAH


Saban tahun sejak 2003 Surau Al Hidayah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya khususnya untuk semua warga TM Annexe 1. Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah diadakan pada 23 Ogos 2013 dan seperti kelazimannya bertempat di Surau Al Hidayah.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi Surau, En Suratman Bin Ahmad dan diakhiri dengan bacaan Selawat yang dipimpin oleh En Baharom Mohd Salleh.


Persediaan menyediakan juadah bermula  pukul 8.00 pagi oleh AJK Muslimat dan pelbagai juadah dihidangkan untuk para tetamu. Hampir 1200 tetamu hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini.



Pengerusi Surau Al Hidayah En Suratman Ahmad memberi ucapan 

En Baharom Mohamed Salleh memimpin bacaan Selawat

Barisan AJK Surau Al Hidayah 

Warga TM Annexe 1 memenuhi setiap ruang dalam Surau




No comments:

Post a Comment