Wednesday, December 4, 2013

Program ‘Meniti Usia Baligh’ memberi banyak panduan pada bakal remaja


BAKIT KL telah menganjurkan satu program kem motivasi untuk anak-anak awal remaja pada 18 Nov 2013 yang lepas. Bertempat di Dewan Serbaguna menara TM, kem ini menarik kehadiran lebih 130  remaja dari anak-anak warga TM, termasuk juga 20  remaja jemputan dari  rumah anak-anak yatim An Najah Kuala Lumpur.




Pengisian program adalah terarah kepada menyediakan anak-anak remaja ke arah usia baligh dengan slot-slot mencakupi batas batas aurat,  amal baik dan amal buruk serta  kefahaman tentang hadas besar. 


Pada sebelah petang selepas solat asar, sesi pertemuan antara peserta dan ibubapa telah diadakan dimana peserta-peserta melafazkan ikrar kepada ibubapa untuk menjaga amanah Allah SWT dan amanah ibubapa, diakhiri dengan doa-doa yang dibacakan oleh ibubapa untuk anak-anak dan keluarga masing-masing.




No comments:

Post a Comment