Hadirin terutama Muslimat
mendengar dengan tekun kupasan dari Dr Maslee Malik
Dewan KRISTAL
TMCC sekali lagi dibanjiri oleh Warga TM untuk mendapat maklumat berita terkini
mengenai apa sebenarnya berlaku di Mesir dan kesudahannya serta peranan yang
boleh dimainkan oleh kita bagi membantu umat Islam di sana.
Dengan menampilkan Dr Maslee Bin Malik seorang penganalisis politik yang tak asing di negara
kita berserta Tuan Syed Ibrahim Syed Noh,
AGM Bhg TM Retail yang juga merupakan aktivis pelbagai pertubuhan NGO bertindak
sebagai moderator, ianya banyak memberi gambaran sebenar keadaan di Mesir
BAKIT KL mengambil langkah proaktif dengan mengadakan
kutipan bagi membantu umat Islam di Mesir danvberjaya mendapat sumbangan sebanyak
RM 3,122 dari para hadirin.
Pada majlis yang sama, penyerahan sumbangan
dari ahli BAKIT KL kepada 11 buah surau di bawah BAKIT KL dengan jumlah tahunan
sekitar RM3,000 bagi setiap surau
telah disempurnakan oleh YDP BAKIT KL,
En Hassan Unir dan dibantu oleh NYDP
BAKIT KL, Hj Muhamad Azahar Hj Saidan Ahmad .
|
No comments:
Post a Comment