Saturday, November 2, 2013

Program Jalinan Kasih bersama Penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras Anjuran TM meriah

 Pada 19 Oktober 2013 kakitangan TM termasuk AJK BAKIT KL, Pelatih Khidmat Negara Kem Semenyih, Anggota Rejimen Semboyan Diraja PAKAR Telekom (AW), Persatuan Puteri Islam Malaysia peringkat Negeri Selangor (PPIM) dan beberapa kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membanjiri perkarangan Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras bagi menyemarakkan Program Jalinan Kasih bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras.

Rumah Kanak-kanak ini menghimpunkan lebih daripada 250 penghuni yang terdiri daripada bayi yang berusia 1 bulan hingga  berusia 12 tahun. Hampir 50 orang bayi adalah mangsa buangan dan ditinggalkan oleh ibu bapa dan selebihnya adalah kanak-kanak mangsa penderaan fizikal dan seksual, anak yatim dan anak –anak yang diabaikan keluarga.


 Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ir. Zaini Diman, Naib Pengerusi TM Kerajaan. Turut  bersama ialah  Mejar Abdul Razak Abdul Wahab, Pemangku CO Rejimen Semboyan Diraja PAKAR Telekom (AW), Mejar (B) Azmi Mohd, TYDP  Bakit KL , Hajah Jennifer, Timbalan Pengerusi Pandu Puteri Islam Malaysia (Selangor),

 Program serampang dua mata ini dapat memupuk semangat memelihara alam sekitar kepada masyarakat selain meningkatkan penglibatan anggota TM dalam aktiviti khidmat masyarakat selain dapat mengeratkan hubungan bersama masyarakat melalui program ini.



Para peserta telah membersihkan perkarangan Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, mengecat wakaf dengan warna korporat TM, menanam pokok herba, membaiki ampaian kain, mencuci dan membersihkan surau dan menjalankan aktiviti sukaneka untuk kanak kanak Tengku Budriah Cheras


Melalui program ini, pelbagai sumbagan telah diserahkan kepada pengetua Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras berupa vaucer bernilai RM 1000.00, lampin pakai buang, kain dan pelbagai kelengkapan harian yang lain. 


No comments:

Post a Comment