Wednesday, August 14, 2013

PROGRAM IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK YATIM NUR KASIH DAN NUR IMAN

Pengurus Besar GHCM Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim menyampaikan ucapan

Pihak GHCM dengan kerjasama TM KL dan Bakit KL telah mengadakan program Iftar Ramadhan pada 17 Julai 2013 bersama dengan anak anak Yatim daripada Rumah Penyayang Nur Kasih & Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak.


Program telah dilaksanakan di Asrama Penyayang Nur Iman, disertai olih pegawai TM KL dan Ibu Pejabat serta anak anak Yatim. 

Penyerahan sumbangan duit zakat dan duit raya telah diberikan kepada seramai 85 orang anak anak Yatim dan telah disempurnakan oleh SGM KL, En R. Manivannan dan beberapa pegawai yang mewakili GHCM HQ iaitu  Dato’ Sharif Zaimi, En Azman Shah Mohamad, En Mohd Erly Ab Rahim, Puan Norhayati Hanafiah. 



Anak-anak Yatim yang hadir pada Majlis Iftar Ramadhan
Program telah dimulakan dengan bacaan tahlil , zikir munajat, penyampaian sumbangan zakat duit raya RM50.00 setiap seorang anak anak Yatim dan RM2000.00 bagi setiap Rumah dan Asrama Anak anak Yatim. Seterusnya semua jemputan telah dijemput menikmati jamuan berbuka puasa.

Bakit KL telah bermurah hati memberikan sumbangan zakat sebanyak RM5,000.00, GHCM RM2000.00 dan selebihnya adalah daripada derma/sumbangan daripada kakitangan TM KL/IP berjumlah melebihi RM2,000.00.

Saksikanlah detik-detik menarik semasa program tersebut……

Pengurus Besar GHCM Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim menyampaikan duit raya 
State GM KL, En R. Manivannan menyampaikan duit 
Pengurus Besar GHCM (Perf Mgmt) En Azman Shah Mohamad hadir menyampaikan sumbangan
Head GHCM Puan Norhayati Hanafiah turut menyampaikan sumbangan pada anak yatim


State GM KL, En R. Manivannan menyampaikan sumbangan pada Wakil Rumah anak yatim

No comments:

Post a Comment