Wednesday, September 25, 2013

BAKIT KL MENERIMA SUMBANGAN UNTUK DI AGIHKAN PADA RUMAH ANAK YATIM


BAKIT KL menerima sumbangan ‘Voucher AEON’ bernilai RM 3000 daripada Bahagian Corporate Strategy untuk diagih-agihkan pada rumah Anak Yatim.
Sumbangan itu adalah hasil daripada anugerah atas kejayaan meraih tempat pertama ‘MARIM Project Manager of the year 2012’.

TRAGEDI KEMANUSIAAN SYRIA OLEH AKTIVIS IKRAM


Ceramah mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria diadakan di TM Bukit Mahkamah anjuran BAKIT KL dan Surau An Nur, Bukit Mahkamah.
Ianya disampaikan oleh Hajah Farida Maludin, anggota IKRAM yang berada di Syria sepanjang bulan Ramadhan 1434H.

PROGRAM KHATAM AL QURAN DI MASJIDIL HARAM DI PENGHUJUNG RAMADHAN


Majlis Khatam Al Quran di Masjidil Haram dan diikuti dengan bacaan Yaasin & Tahlil Arwah oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mekah.

Setiap tahun Surau Al Hidayah  TM Annexe 1, antara Surau dibawah BAKIT KL telah menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah di Mekah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mekah. Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari Warga TM khususnya yang berada di TM Annexe 1.

Sunday, September 8, 2013

KRISIS MESIR : DULU, KINI.. AND WHAT’S NEXT ANJURAN BAKIT KL & TIARANITA

Hadirin terutama Muslimat mendengar dengan tekun kupasan dari Dr Maslee Malik

Dewan KRISTAL TMCC sekali lagi dibanjiri oleh Warga TM untuk mendapat maklumat berita terkini mengenai apa sebenarnya berlaku di Mesir dan kesudahannya serta peranan yang boleh dimainkan oleh kita bagi membantu umat Islam di sana.

Dengan menampilkan Dr Maslee Bin Malik seorang penganalisis politik yang tak asing di negara kita berserta Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, AGM Bhg TM Retail yang juga merupakan aktivis pelbagai pertubuhan NGO bertindak sebagai moderator, ianya banyak memberi gambaran sebenar keadaan di Mesir

PROGRAM IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ASDAF

Warga ASDAF riang menerima duit Hari Raya

Program tersebut merupakan program Iftar bersama anak anak Yatim ASDAF, Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan KL bersama TM KL dan BAKIT KL

Seramai 150 anak Yatim/Miskin/Pekerja ASDAF telah diberikan sedikit sumbangan Hari Raya @ RM50.00 setiap seorang. Program telah berjalan lancar dan dalam suasana meriah apabila semua anak anak dan pekerja ASDAF diberikan duit Raya. Pihak ASDAF mewakili Rumah anak anak Yatim yang mengucapkan Ribuan terima kasih kepada pihak TM KL dan BAKIT KL kerana sudi menyediakan jamuan berbuka puasa dan memberikan sumbangan Hari Raya serta hamper kepada mereka.

Tuesday, September 3, 2013

BAKAL HAJI /HAJAH TERUJA MENGIKUTI KURSUS INTENSIF IBADAH HAJI 1434H

Ustaz Mohd Aisha Jaafar memberi pencerahan mengenai ‘Manasik Haji’
 BAKIT PUSAT dan Group Human Capital TM mengadakan Kursus Intensif Haji pada 2 September 2013 untuk warga TM Kawasan Tengah/IP yang terpilih mengerjakan haji pada tahun ini. Kursus yang disertai  oleh bakal Haji & Hajjah  dimulai dengan pencerahan mengenai Manasik Haji disampaikan oleh Ustaz Mohd Aisha Jaafar dan diikuti dengan Forum Ibadah Haji yang menampilkan Ustaz Mohd Aisha dan Ustaz Mohd Norazman Mohd Amin berserta moderator Ustaz Zulkifli.

Dr Norhaslinda Mat Hassin memberi taklimat penjagaan kesihatan ketika di Tanah Suci diikuti dengan sessi penerangan mengenai Penggunaan Kad i-Talk oleh Puan Hajah Azahani Omar.