Program Ibadah Qurban
1434H yang diusahakan BAKIT HELWA PUSAT bersama PONDOK YATIM TAHFIDHUL QUR'AN AR RAUDHAH, Lhokseumawe, Acheh Utara di bawah
kelolaan Mudir Pak Hamdani Salami Dadeh telahpun dapat dilaksanakan berdasar
amanah yang diberi oleh para muslimin/muslimat yang berdaftar.
Wednesday, October 30, 2013
Thursday, October 24, 2013
Program Ziarah Qurban NYDP BAKIT KL ke Desa Pakel, Banyu Wangi Jawa Timur
Program ziarah Qurban dengan kerjasama Mahaad Tahfiz Al Quran Wal Imamah, Meru, Klang telah diadakan selama 4 hari bermula dari 13/10/2013 hingga 16/10/2013.
Thursday, October 17, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Keperihatinan warga TM terbukti dengan sumbangan RM18,361.00 untuk rakyat Syria
Dr Muhammad Munawar M. Hatta,
aktivis IKRAM telah menyampaikan informasi terkini mengenai apa yang telah dan sedang berlaku
di Syria pada ceramah yang diadakan di Dewan Serbaguna TM pada 07 Oktober 2013. Beliau yang berada
di Syria sepanjang bulan Ramadhan yang lepas menyifatkan krisis kemanusiaan khususnya yang melibatkan
kanak-kanak dan orang awam amat membimbangkan akibat dari ancaman rejim pemerintah
terhadap pejuang yang ingin membebaskan Syria dari pemerintahan yang zalim.
|
Krisis yang bermula akibat pembunuhan
kanak-kanak yang melukis dan menconteng di dinding sekolah supaya pemerintah sediada meletak
jawatan disampaikan dengan nada yang penuh emosi dan amat menyayat hati para pendengar.
|
WARGA TM TERUJA MENDENGAR PENCERAHAN ILMU OLEH USTAZ EBIT LEW
BAKIT KL &
TIARANITA sentiasa istiqamah dalam memberi peluang bagi Warga TM untuk
mendengar limpahan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz atau para ilmuan islam.
Bertempat di Dewan Kristal TMCC pada 02
Oktober, ceramah berbentuk motivasi disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew yang banyak
menonjolkan kehidupan dan sunnah yang diamalkan oleh Rasullulah SAW.
Antara
pesanan Ustaz:
"Adakah kita akan rasa sedih dan menangis melihat nasib bukan Islam. Kita melihat mereka setiap hari. Di pasaraya, di pejabat. Mereka baik, cantik tapi mereka akan menghuni neraka kerana tiada Iman"
"Adakah kita akan rasa sedih dan menangis melihat nasib bukan Islam. Kita melihat mereka setiap hari. Di pasaraya, di pejabat. Mereka baik, cantik tapi mereka akan menghuni neraka kerana tiada Iman"
Subscribe to:
Posts (Atom)